Thursday, 17 September 2015

SEJARAH PERAKAUNAN

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya nak bercerita ataupun berkongsi sedikit tentang sejarah perakaunan. Bagi pelajar yang mengikuti jurusan perakaunan agak-agak korang tahu tak pasal sejarah perakaunan. Mungkin tahu mungkin tidak.


  • Perakaunan ini sebenarnya permulaan menyimpan rekod yang telah dilakukan sejak dari zaman purba lagi , ianya telah wujud berkurun lamanya.


  • Catatan tertua pada zaman dahulu ialah catatan pembayaran upah yang telah dilakukan di Babylonia pada tahun 3500 S.M. 


  • Pada peringkat pemulaan , catatan ini hanya dibuat pada kepingan tanah liat sahaja. Kemudian melangkah ke arah yang lebih maju di mana pada masa itu terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir bersamaan dengan tahun 400 S.M.


  • Pada masa dulu wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke - 5 dan ke 6 S.M . Rekod perakaunan yang akan dilakukan pada ketika itu menggunakan nilai wang sebagai ukuran.


  • Pada tahun 850 M , sistem angka Hindu-Arab yang digunakan telah dicipta oleh orang India.


  • Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan menjadi semakin pesat di negara Itali pada 1200-1500 S.M . Pada ketika itu sistem ini telah dicipta oleh Luca Pacioli adalah bertujuan untuk menyimpan rekod yang lengkap dan bersistematik.


  • Luca Pacioli telah dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sejak dulu sehinggalah sekarang.


  • Revolusi Perindustrian di England pada ke 17 dan 18 telah memperkembangkan lagi sisrem perakaunan dan memperkenalkan kepada orang melalui pengenalan kepada perakaunan kos.


  • Pada akhir abad ke 19 dan 20  , bidang perakaunan ini telah mencapai taraf yang tinggi iaitu taraf professional.


  • Pada tahun 1973 , Jawatankuasa Piawaian perakaunan Antarabangsa ( international Accounting Standard Commitee) _ IASC telah ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia yang terletak di Sdney untuk menerbitkan piawaian Perakaunan Antarabangsa ( International Accounting Standards ) - IAS supaya akaun-akaun dan penyata  kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.                                                                                                                                                                                                         
yang baik datangnya dari Allah dan yang terkurang itu adalah diri saya sendiri. Harap dimaafkan Assalamualaikum dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment