KERJA PENGAUDITAN
Kerja audit melibatkan penelitian dan penyemakan semula sistem perakaunan dan kawalan dalaman organisasi yang berkenaan secara kritis. Juruaudit akan melaksanakan ujian dan pertanyaan yang dirasakan perlu untuk memperoleh bukti audit untuk mencapai objektif audit seperti yang diterangkan terlebih dahulu.
Proses penyemakan semula yang bersistematik dan objektif dalam pengauditan tertumpu pada pemilihan bukti-bukti yang bertujuan untuk:
(a) Memastikan maklumat kewangan yang dilaporkan itu boleh diper¬cayai. Dua aspek yang perlu dipastikan adalah:
(i) Sama ada maklumat kewangan tersebut selaras dengan kejadian-kejadian ekonomi yang telah berlaku dan sudah direkodkan atau tidak, dan
(ii) Sama ada maklumat kewangan tersebut selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum sebagai asas merekodkan dan melaporkan kejadian-kejadian tersebut atau tidak, atau
(b) Menilai beberapa aspek berhubung dengan:
(i) Kecukupan dan keberkesanan kawalan yang dikenakan terhadap aktiviti organisasi;
(ii) Kecekapan pengendalian aktiviti, dan
(iii) Keberkesanan aktiviti dalam mencapai objektif tertentu organisasi tersebut.
Bukti yang diperoleh berhubungan dengan tujuan di atas itu menjadi asas kepada juruaudit untuk membuat rumusan secara objektif untuk mem¬bolehkannya membentuk pendapat audit. Pendapat juruaudit disediakan dalam bentuk laporan bertulis yang disertakan bersama dengan penyata kewangan teraudit dalam laporan tahunan. Laporan ini juga akan diedarkan kepada pemegang saham atau ahli untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan. Laporan juruaudit akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam satu bahagian yang lain.
Secara umumnya, boleh dikatakan tugas juruaudit bukan setakat membandingkan kunci kira-kira dan akaun lain dengan buku dan rekod perakaunan untuk melihat bahawa maklumat tersebut adalah selaras, juruaudit juga perlu meyakinkan dirinya bahawa buku dan rekod yang diauditnya itu merupakan rekod yang sempurna tentang urus niaga yang telah berlaku dalam tempoh perakaunan tersebut. Pemeriksaan yang dilakukan merupakan pemeriksaan yang lengkap terhadap urus niaga perniagaan keseluruhannya dan cara urus niaga itu direkodkan. Walau bagaimanapun, liputan pemeriksaan yang dijalankan bergantung pada keadaan setiap audit yang terlibat dan juruaudit perlu menentukannya mengikut pertimbangannya sendiri.
Kerja juruaudit memerlukan banyak pertimbangan juruaudit sendiri. Umpamanya, dalam memutuskan liputan tatacara audit yang seharusnya dijalankan, juruaudit terpaksa bergantung pada pendapatnya tentang keber¬kesanan sistem kawalan dalaman yang diamalkan oleh pihak pengurus entiti. Bukti yang diperoleh oleh juruaudit semasa menjalankan pemeriksaan hanya dapat digunakan untuk mempertingkatkan keyakinan untuk mencapai sesuatu kesimpulan berhubung dengan objektif pemeriksaannya.
Tatacara audit yang direka dan yang dijalankan oleh juruaudit adalah untuk memperoleh satu tingkat keyakinan yang munasabah tentang, penyata kewangan sama ada penyata tersebut dipersembahkan dengan baik dari semua aspek yang matan atau tidak. Berdasarkan hasil perlaksanaan tatacara tersebut, juruaudit akan dapat memberi pendapat tentang penyata kewangan.
Dalam pengauditan, risiko memang tidak boleh dielakkan. Contohnya ada kemungkinan berlaku kejadian yang merupakan salah kenyataan yang material di dalam penyata kewangan yang tidak dapat ditemui dan ticlak disedari. Keadaan seperti ini boleh berlaku kerana ujian audit yang kurang berkesan dan wujud batasan audit serta batasan semula jadi di dalam sistem kawalan dalaman. Walau bagaimanapun, jika juruaudit dapat mengesan tanda-tanda bahawa pemalsuan atau kesilapan telah berlaku dan keadaan ini boleh membawa kepada kesan kewangan yang matan, juruaudit harus menambah lagi tatacara ujiannya untuk mengesahkan kecurigaannya.
Sekatan yang dikenakan terhadap skop audit, selain peruntukan yang berhubung dengan perundangan, boleh menjejaskan keupayaan juruaudit melahirkan pendapat yang bersih terhadap penyata kewangan. Keadaan seperti ini mungkin memerlukan juruaudit membuat kenyataan tertentu di dalam laporan untuk membayangkan perkara yang menyebabkan penyata kewangan tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar dengan sepenuhnya.
AUDIT DALAMAN
Audit dalaman merupakan kerja pengauditan yang dijalankan oleh akauntan yang bekerja dengan sesebuah organisasi. Audit dalaman bertujuan untuk menilai pengendalian dalaman dan aktiviti penyimpanan rekod organisasi yang berkenaan. Kumpulan akauntan yang melakukan kerja audit dalaman ini disebut sebagai juruaudit dalaman. Juruaudit dalaman menjadi sebahagian daripada jentera pengurusan, yang bertugas untuk mengkaji kerja kakitangan yang lain dan menilai kecekapan dan keberkesanan kerja mereka. Pihak pengurusan organisasi memberikan tugas ini kepada juruaudit dalaman untuk mengetahui sejauh mana kakitangan organisasi itu patuh kepada dasar dan arahan, serta mencapai tahap kecekapan pengendalian dan keberkesanan sistem penyimpanan rekod. Boleh dikatakan bahawa peranan utama juruaudit dalaman adalah untuk memastikan pematuhan kepada tatacara kawalan dalaman organisasi itu.
Sejak kebelakangan ini peranan yang dimainkan oleh juruaudit dalaman menjadi semakin penting. Bidang tugasnya bukan hanya bertumpu kepada usaha mempertingkatkan pematuhan terhadap tatacara dan objektif pengurusan, tetapi juga meliputi penganalisisan dan penilaian kecekapan dan keberkesanan kendalian (termasuk sistem kawalan dalaman dan mutu prestasi organisasi). Untuk membolehkan juruaudit dalaman melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pengurusan, aktiviti yang dilakukan perlu meliputi:
(a) Menyemak semula dan menilai keteguhan, kecukupan dan peng¬gunaan kawalan perakaunan, kawalan kewangan dan kawalan kendalian.
(b) Menentukan sejauh mana dasar, rancangan dan tatacara yang ada itu dipatuhi.
(c) Menentukan sejauh mana semua aset diperhitungkan dan dijaga daripada hilang atau disalahgunakan.
(d) Menentukan kebolehpercayaan data perakaunan dan data lain yang disediakan oleh organisasi itu.
(e) Menilai mutu prestasi pengurusan dalam melaksanakan tanggung¬jawabnya.
Oleh sebab tugas juruaudit dalaman untuk menilai prestasi berbagai¬bagai aktiviti dan jabatan berpandukan dasar pengurusan yang telah ditetapkan, mereka mesti memeriksa dan menilai kerja jabatan yang lain secara objektif dan bebas. Untuk mengekalkan kebebasan ini, juruaudit dalaman diletakkan dalam satu jabatan yang bertanggungjawab secara langsung kepada pegawai pengurusan tertinggi atau Lembaga Pengarah.
Perhubungan langsung dengan kuasa tertinggi dalam organisasi dapat mengelakkan jabatan berfungsi yang lain mempengaruhi kerja juruaudit dalaman atau objektif pengauditan dalaman. Cara ini membolehkan pengurusan tertinggi menggunakan kuasa melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh juruaudit. Bentuk organisasi seperti yang dibincangkan itu adalah penting untuk membolehkan juruaudit dalaman menilai secara objektif pengendalian bahagian lain dalam organisasi dan melaporkan hasilnya secara terbuka.
Dalam sesebuah organisasi yang mempunyai jabatan audit dalaman, peranan jabatan ini adalah untuk mengawasi kawalan dalaman dalam sistem perakaunan organisasi itu. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih tepat dan yang boleh dipercayai. Jika keadaan seperti ini wujud, juruaudit luaran berkemungkinan meletakkan kesandaran pada kerja juruaudit dalaman untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap pe¬nyata kewangan. Ini bermakna juruaudit luaran dapat mencapai objektif au¬dit dengan melaksanakan kerja audit yang minimum. Walau bagaimanapun, pengiktirafan kerja juruaudit dalaman hanya boleh dibuat setelah juruaudit luaran mengkaji dan melakukan penyemakan terhadap kerja-kerja juruaudit dalaman. Antara aspek yang perlu dikaji termasuklah:
(a) Kebolehan juruaudit dalaman, termasuk kakitangan jabatan audit dalaman, iaitu berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperoleh melalui perbincangan dengan mereka.
(b) Kedudukan juruaudit dalaman dalam organisasi dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab kendalian yang lain.
(c) Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman yang dapat disemak daripada projek yang telah disiapkan dan yang dijadualkan untuk masa depan. Berhubung dengan perkara ini, juruaudit luaran harus memastikan bahawa tidak ada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima perhatian yang mencukupi daripada kerja au¬dit dalam.
(d) Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah digunakan untuk perlaksanaan kerja juruaudit dalaman. Maklumat ini boleh diperoleh melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan oleh juruaudit dalaman, yang merupakan bukti kepada juruaudit luaran tentang perancangan kerja, kecukup¬an tatacara dan kawalan yang diamalkan oleh juruaudit dalaman.
Walaupun terdapat persamaan antara pengauditan dalaman dengan pengauditan luaran, tetapi wujud perbezaan aktiviti antara kedua-dua¬nya. Berikut adalah perbezaan utama antara kedua-dua jenis aktiviti ter¬sebut:
(a) Audit dalaman dilaksanakan oleh kakitangan organisasi sendiri, manakala audit luaran dilaksanakan oleh juruamali profesional yang diupah oleh organisasi itu secara kontrak.
(b) Tujuan utama juruaudit dalaman adalah memenuhi keperluan pihak pengurusan. Manakala tujuan juruaudit luaran pula adalah untuk memenuhi kehendak pihak ketiga yang memerlukan maklumat kewangan yang boleh dipercayai.
(c) Penyemakan semula pengendalian dan kawalan dalaman olehjuru¬audit dalaman adalah bertujuan untuk memperbaiki dan mengga¬lakkan amalan yang mematuhi dasar dan tatacara yang telah di¬tetapkan. Dasar ini meliputi perkara kewangan dan bukan kewangan. Penyemakan yang dijalankan oleh juruaudit luaran, bertujuan untuk menentukan skop pemeriksaan dan kebolehpercayaan maklumat kewangan sahaja.
(d) Kerjajuruauditdalaman dibahagikan mengikutfungsi kendalian dan tanggungjawab pengurusan. Kerja juruaudit luaran pula dibahagikan mengikut akaun penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
(e) Juruaudit dalaman memberikan perhatian secara langsung terhadap pengesanan dan penghindaran penipuan. Mengesan dan menghinclar penipuan tidak diutamakan oleh juruaudit luaran, kecuali perkara tersebut mempunyai kesan yang material kepada penyata kewangan.
(f) Juruaudit dalaman perlu mempunyai kebebasan secara hakiki dan secara mental. Dia juga harus sentiasa'mementingkan keteguhan organisasi, kebajikan dan keperluan maklumat pihak pengurusan. Juruaudit luaran pula perlu bebas daripada pihak pengurusan organisasi yang diaudit, juga secara hakiki dan secara mental. Juruaudit luaran bertanggungjawab memenuhi keperluan dan memberikan perlindungan kepada pemegang saham melalui pem¬bentangan maklumat yang cukup dalam penyata kewangan.
(g) Menyemak semula aktiviti syarikat oleh juruaudit dalaman dibuat secara berterusan supaya setiap bahagian dalam organisasi itu selalu dikaji. Pemeriksaan data sokongan penyata kewangan oleh juruaudit luaran dilakukan secara berkala. Penilaian kawalan pula dilakukan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.
No comments:
Post a Comment