DEFINISI AUDIT
Audit ditakrifkan sebagai satu proses bersistem yang dilakukan untuk mencari dan menilai secara objektif bukti-bukti tentang kendalian yang telah dilaksanakan atau hasil yang telah diperoleh. Perbandingan dibuat antara bukti-bukti itu dengan kriteria yang telah ditentukan untuk:
(a) Menentukan kesesuaian antara kendalian yang telah terlaksana dengan kriteria tersebut.
(b) Membentuk pertimbangan tentang tingkat kesesuaian berkenaan dan
(c) Menyampaikan penemuan berkenaan kepada individu.
Kerja-kerja audit dilaksanakan oleh juruaudit. Juruaudit akan menentukan sama ada terdapat asas yang cukup untuk berpuas hati dengan sesuatu penyata kewangan. Semasa menjalankan pemeriksaan audit, juruaudit akan menentukan sama ada butiran kewangan di dalam penyata kewangan benar¬benar wujud, sahih, boleh dikutip, bebas daripada cagaran, dan sebagainya. Juruaudit akan menunjukkan penerimaan mereka terhadap penyata kewangan dengan memperakukan kebenaran dan kesaksamaan penyata itu.
OBJEKTIF AUDIT
Objektif utama sesuatu audit yang dilaksanakan terhadap penyata kewangan yang dirangka mengikut dasar-dasar perakaunan yang diiktiraf adalah untuk membolehkan seseorang juruaudit melahirkan pendapat sama ada penyata kewangan itu:
(a) Memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan entiti yang berkenaan pada hujung tahun kewangan serta keuntungan dan kerugian untuk tahun kewangan tersebut atau tidak
(b) Disediakan mengikut kehendak undang-undang atau sebaliknya. Di Malaysia kehendak ini ditentukan di dalam Akta Syarikat 1965.
Pendapat juruaudit dapat menolong memperkukuhkan lagi kebolehper¬cayaan penyata kewangan. Walau bagaimanapun, para pengguna kewangar tidak seharusnya mengandaikan pendapat juruaudit merupakan jaminar kejayaan masa depan entiti atau sebagai pengakuan tentang keberkesanar dan kecekapan pihak pengurus menjalankan urusan entiti itu.
Penyata kewangan yang dimaksudkan itu termasuklah kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata sumber dan penggunaan dana serta nota¬nota akaun yang berkaitan. Dalam laporannya juruaudit hendaklah jugs menyatakan pendapatnya sama ada syarikat yang berkenaan menyimpar buku-buku atau rekod-rekod akaun dengan teratur dan juga sama ada maklumat di dalam penyata-penyata kewangan tersebut selaras dengan maklumat yang terkandung di dalam rekod yang disimpan atau tidak.
Untuk menentukan buku akaun tersimpan dengan betul, juruaudil haruslah berpandukan kehendak Akta seperti yang dinyatakan di atas tadi. Kemungkinan yang boleh berlaku adalah seperti yang berikut:
(a) Urus niaga perniagaan yang berlaku setiap hari tidak direkodkan d dalam rekod perakaunan secara kemas kini. Keadaan ini boleh ber¬larutan sehingga melibatkan kelewatan menyediakan akaun selama beberapa bulan.
(b) Tidak ada maklumat yang mencukupi yang dapat memberikan gam¬baran kepada pihak pengarah sama ada syarikat memperoleh keun¬tungan atau mengalami kerugian.
(c) Akaun kos yang tidak lengkap menyebabkan pengarah tidak dapat menentukan jumlah barang niaga, kerja dalam proses dan barang akhir, dan sebagainya.
Selain yang disebutkan tadi beberapa masalah lain juga boleh timbul disebabkan rekod dan akaun tidak disimpan dengan lengkap.
No comments:
Post a Comment