Friday, 18 September 2015

BADAN PERAKAUNAN PROFESIONAL DI MALAYSIA


1. LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA ( MALAYSIAN ACCOUNTING STANDARD BOARD ) - MASB
  • ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
  • lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memajukan dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia
    FUNGI DAN KUASA MASB ;
  • menerbit piawaian perakaunan baru
  • menyemak dan memperbaiki piawaian perakaunan sedia ada
  • menentukan skop dan pengunaan piawaian perakaunan
  • melaksanakan tugas sebagai penasihat awam


2. INSTITUT AKAUNTAN AWAM BERTAULIAH MALAYSIA ( MALAYSIAN INSTITUTE OF CERTIFIED PUBLICS ACCOUNTANTS ) - MICPA
  • ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965
  • brtujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
SYARAT YANG PERLU ADA UNTUK MENJADI AHLI MICPA;
  • lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan
  • mempunyai pengalaman berkerja sekurang - kurangnya 3 tahun


3. INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA ( MALAYSIA INSTITUTE OF ACCOUNTANTS ) - MIA
  • ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967
  • bertujuan utuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan
  • ahli - ahli MIA digelar akauntan awam (PA) , akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA)


4. CHARTERED INSTITUTE MANAGEMENT ACCOUNTANT
  • ditubuhkan dengan nama Institute Of Cost And Works Accountants (ICWA) pada tahun 1919
  • menukar nama ICWA kepada CIMA pada tahun 1972
  • merupakan badan professional yang mendapat pengiktirafan dari negara - negara komenwal 
TUJUAN DITUBUHKAN ;
  • bertujuan untuk melahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan
  • mampu menangani perubahan- perubahan yang akan berlaku dalam perniagaan dengan baik



5. THE ASSOCIATIONS OF CHARTED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA)
  • ditubuhkan pada tahun 1904 dengan nama London Accociation Of Accountants sebelum ditukar kepada Chartered Association Of Certified Accountants pada tahun 1984
  • pada tahun 1996 , nama badan perakaunan ini telah ditukarkan kepada ACCA
FUNSI ACCA ;
  • untuk menyokong ahli-ahli di sepanjang karier perakaunan mereka
  • memberi pendedahan tentang peraturan serta undang-undang berkaitan dengan amalan perakaunan , kod amalan dan etika profesion perakaunan.



No comments:

Post a Comment