Thursday, 24 September 2015

BENTUK ORGANISASI DAN KEGIATAN FIRMA AUDIT

Selaras dengan tanggungjawab firma juruaudit terhadap audit penyata ke¬wangan, dua keperluan utama yang perlu sentiasa wujud dalam firma ini ialah kebebasan dan kebolehan. Kebebasan yang ada pada juruaudit membolehkannya membuat kesimpulan tanpa berat sebelah tentang penyata kewangan. Kebolehannya pula membolehkan juruaudit menjalankan kerjaya dengan cekap dan berkesan. Kedua-dua sifat ini penting untuk melahirkan keyakinan kepada pengguna penyata kewangan untuk mempercayai dan menggunakan maklumat dalam penyata tersebut.

Bentuk organisasi firma audit dipengaruhi oleh keperluan untuk meng¬hasilkan audit bermutu yang dibincangkan dalam perenggan di atas. Keba¬nyakan firma audit berbentuk perkongsian, manakala sebahagian kecilnya berbentuk perseorangan. Dalam firma audit, beberapa akauntan bertauliah bersama-sama menjadi rakan kongsi untuk memberikan perkhidmatan audii dan perkhidmatan perakaunan yang lain kepada pihak yang memerlukannya. Rakan-rakan kongsi itu mengambil kakitangan yang terdiri daripada pengurus, pembantu audit, kakitangan lain yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh firma itu, dan kakitangan sokongan yang lain. Dalam Rajah 1.1 ditunjukkan carta organisasi yang menggambarkar struktur organisasi yang biasa untuk sesebuah firma audit.

Struktur organisasi firma audit adalah berbeza daripada struktur organi¬sasi yang lain. Struktur organisasi firma ini disesuaikan dengan jenis aktiviti yang dijalankan yang biasanya meliputi lima jenis perkhidmatan utama iaitu audit, percukaian, perakaunan, kesetiausahaan dan pentadbiran.

Setiap rakan kongsi diberikan tanggungjawab untuk satu bidang tugas atau jenis perkhidmatan dalam salah satu jabatan yang telah mereka perse¬tujui. Umpamanya seorang rakan kongsi pentadbiran am bertanggungjawab tentang pengambilan, kebajikan dan pengurusan kakitangan. Rakan kongsi cukai pula diberikan tanggungjawab tentang perkhidmatan cukai kepada para pelanggan, manakala rakan kongsi audit pula dipertanggungjawabkan memberi perkhidmatan audit kepada pelanggan audit.

Antara bidang tugas jabatan dalam firma audit termasuklah:

Jabatan Audit
Fungsi jabatan ini adalah merancang, menyusun, memimpin dan menga¬wal kerja pengauditan yang dilakukan oleh para pembantu audit. Rakan kongsi pula bertanggungjawab terhadap keseluruhan audit dan mem¬berikan pendapat audit penting untuk memenuhi keperluan para pe¬langgan mendapatkan perkhidmatan dalam bidang pengauditan. Jabatan ini sentiasa memerlukan kerjasama daripada jabatan lain untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan cukai, kesetiausahaan dan akaun. Jabatan ini diketuai oleh seorang pengurus audit yang ber¬tanggungjawab merancang, menyusun, memimpin dan mengawal kerja pengauditan yang dilakukan oleh para pembantu audit. Jabatan ini juga mempunyai rakan kongsi yang bertanggungjawab terhadap kelicinan audit dan melahirkan pendapat audit.

Jabatan Cukai
Jabatan Cukai biasanya diketuai oleh seorang pengurus cukai yang 5erfungsi merancang kerja percukaian untuk diagihkan kepada para pembantunya. Bentuk perkhidmatan percukaian yang diberikan termasuk menyediakan penyata cukai, membuat perancangan dan membuat peruntukan cukai syarikat setiap akhir tahun untuk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jabatan Kesetiausahaan
Jabatan Kesetiausahaan pula menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan kepada syarikat yang memerlukan perkhidmatan ini. Tugas jabatan ini adalah berhubung dengan kerja menyediakan daftar pemegang saham, rekod para pengarah syarikat, minit-minit mesyuarat dan kerja perundangan untuk mendaftarkan syarikat mengikut keperluan Akta Syarikat 1965.

Jabatan Pentadbiran
Jabatan Pentadbiran mengendalikan segala kerja pentadbiran, perjawatan dan kewangan firma itu sendiri. Jabatan ini selalunya dikendalikan oleh seorang pengurus atau penyelia pentadbiran. Jabatan ini mengandungi beberapa orang kerani, jurutaip dan pelayan pejabat. Jabatan ini juga diawasi secara terus oleh rakan kongsi terutamanya dalam hal ehwal kewangan firma.

Jabatan Perakaunan
Jabatan Perakaunan menawarkan perkhidmatan penyediaan rekod perakaunan dan penyata kewangan kepada organisasi perniagaan atau per¬tubuhan bukan untung yang memerlukannya. Jabatan ini diketuai oleh seorang pengurus dan dibantu oleh para pembantu yang melaksanakan kerja penyimpanan kira-kira dan penyediaan penyata kewangan tersebut.

Dalam kebanyakan firma audit, aktiviti yang utama sekali ialah peng¬auditan yang biasanya membawa lebih daripada 50% pendapatan firma tersebut. Aktiviti lain, masing-masing menyumbangkan antara 15% hingga 20% daripada pendapatan firma. Berikut ditunjukkan contoh carta organisasi jabatan audit dalam sebuah firma audit.

No comments:

Post a Comment