Thursday, 24 September 2015

JAWATANKUASA AUDIT

JAWATANKUASA AUDIT

Jawatankuasa audit merupakan jawatankuasa yang dianggotai oleh beberapa ahli yang dipilih daripada Lembaga Pengarah Syarikat. Jawatankuasa audit ini bertugas mengawasi amalan dan dasar pelaporan kewangan dan perakaunan syarikat. Jawatankuasa ini membantu Lembaga Pengarah memenuhi tang¬gungjawab dan menjaga hubungan antara Lembaga dengan juruaudit luaran.

Fungsi tersebut penting untuk mengekalkan kebebasan dalam perhubung¬an antara juruaudit dengan pelanggan. Sebagaimana yang dibincangkan dalam bahagian prinsip pengauditan, kebebasan merupakan unsur utama kerjaya audit yang menjadikan pendapat audit bermakna kepada penggunanya.

Dalam kebanyakan amalan, firma audit bukan hanya memberikan per¬khidmatan audit, tetapi juga memberikan perkhidmatan nasihat pengurusan, percukaian, perakaunan, penyediaan dan penyemakan semula rekod dan sistem perakaunan. Penglibatan juruaudit luaran dalam semua perkhidmatan itu menyebabkan juruaudit sukar untuk sentiasa kelihatan bebas. Semua perkhidmatan yang disebutkan itu, selain perkhidmatan audit, memerlukan penglibatan juruaudit yang juga berperanan sebagai penasihat. Tanggung¬jawab juruaudit semasa memberi perkhidmatan yang lain ini, kelihatan bercanggah dengan peranannya sebagai juruaudit. Keadaan ini boleh menggugat keyakinan pengguna kepada pendapat audit kerana mungkin telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pelanggan.

Pembentukan jawatankuasa audit berjaya memberikan penyelesaian kepada sebahagian daripada masalah yang sentiasa melibatkan percang¬gahan dalam pengauditan. Walaupun fungsi jawatankuasa audit sukarditentu¬kan secara khusus, namun begitu beberapa fungsi jawatan ini boleh dikenal pasti seperti yang berikut:
(a) Mengesahkan pelantikan dan penyambungan perkhidmatan juru¬audit luaran.
(b) Menyemak semula cadangan skop dan pendekatan audit.
(c) Menerima dan menyemak semula penemuan audit, termasuk penyata kewangan, laporan audit dan laporan tentang penilaian sistem kawalan dalaman.
(d) Mempertimbangkan pemilihan sistem perakaunan.
(e) Menyemak semula cadangan yang dikemukakan oleh juruaudit luaran.

Secara amnya peranan jawatankuasa audit adalah untuk mempertingkat mutu audit bebas dengan menitikberatkan lagi kebebasan audit dan me¬mastikan cadangan pembaikan yang dikemukakan oleh juruaudit dilaksana¬kan. Jawatan ini seharusnya dapat membantu Lembaga Pengarah mema¬hami masalah dasar perakaunan dan pengendaliannya yang dihadapi oleh syarikat dan mengambil langkah mengatasi dan memperbaikinya. Di Malay¬sia, penubuhan jawatankuasa audit merupakan satu keperluan yang telah dikuatkuasakan untuk tujuan penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia (BM) mulai 1 Ogos 1994.

No comments:

Post a Comment