Thursday, 24 September 2015

PERTUMBUHAN BADAN PROFESIONAL AUDIT


PERTUMBUHAN BADAN PROFESIONAL

Ekoran daripada perkembangan ekonomi dan peranan yang semakin penting yang dimainkan oleh juruaudit berhubung dengan penyiaran maklumat kewangan, kerja juruaudit dan akauntan ini juga menjadi lebih penting. Keadaan ini tidak sewajarnya dibiarkan untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka mempunyai latihan atau pengalaman yang cukup dan sesuai dalam bidang tersebut. Beberapa badan profesional di peringkat kebangsaan telah ditubuhkan di pertengahan abad ke-1 9, yang pada dasar¬nya mengawal mutu dan pertumbuhan profesion ini, di samping bertang¬gungjawab memberi latihan dan pengetahuan kepada ahli-ahlinya. Mereka ini dilatih untuk menjadi juruaudit dan akauntan yang bertauliah dan mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Badan-badan profesional antarabangsa yang ditubuhkan adalah seperti Institute of Chartered Accountants in Scotland, Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), The Association of Certified Accountants (ACA), The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA), The Chartered Institute of Public Finance and Accounting (CIPFA) dan American Institute of Certified Public Accountants (AICPA). Tiap-tiap badan yang disebutkan ini mempunyai kemahiran di bidang-bidang yang mereka kendalikan sendiri. Umpamanya ahli-ahli ICMA, mempunyai kemahiran dalam industri pengilangan yang berhubung dengan sistem kos, belanjawan dan kemahiran lain seperti membuat keputusan berhubung dengan kewangan dan pelaburan. Ahli-ahli CIPFA pula mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja audit dan perakaunan di organisasi kerajaan seperti hospital, sekolah dan institusi berkanun yang lain. Badan-badan tersebut adalah bebas dan dikendalikan oleh sebuah majlis yang terdiri daripada ahli-ahli yang mereka pilih.

Di Malaysia, profesion perakaunan diawasi oleh Kementerian Kewangan melalui Akta Akauntan 1967. Institut Akauntan Malaysia (IAM), yang lebih dikenali sebagai MIA, telah ditubuhkan di bawah Akta tersebut untuk menga¬wal perjalanan profesion perakaunan di negara ini. Institut ini dipertanggung¬jawabkan terhadap perkara berikut:
(a) Menentukan kelayakan kemasukan ahli;
(b) Memberi latihan, pendidikan dan peperiksaan untuk melayakkan seseorang menjadi pengarnal profesion perakaunan;
(c) Mengatur amalan profesion perakaunan di Malaysia; dan
(d) Mempertingkat kepentingan profesion perakaunan di negara ini.
Mengikut Akta Akauntan 1967, seseorang yang mahu diiktiraf sebagai akauntan di negara ini mesti terlebih dahulu menjadi ahli MIA. Untuk diiktiraf sebagai ahli MIA seseorang itu perlu mempunyai kelayakan perakaunan yang diluluskan, mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dan mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh badan berkenaan. Kelayakan perakaunan yang diluluskan oleh MIA adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1, Akta Akauntan 1967. Kelayakan tersebut terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kelulusan institusi pengajian tinggi awam dalam negara, kelayakan profesional dalam negara dan kelayakan profesional luar negara. Lihat Jadual 1.1 berikut untuk maklumat yang Iebih terperinci. Syarat ini perlu untuk memastikan akauntan berkemampuan memberi khidmat kepakaran dalam bidang perakaunan dan kewangan yang diperlukan.

Di Malaysia akauntan yang berdaftar dengan MIA dikenali sebagai Akauntan Awam (Public Accauntant {PA}) atau Akauntan Berdaftar (Regis¬tered Accountant {RA}). Kelayakan sebagai PA memerlukan tiga tahun pengalaman bekerja dalam firma perakaunan sementara kelayakan sebagai RA memerlukan tiga tahun pengalaman bekerja dalam sektor perdagangan, perindustrian atau organisasi kerajaan.

Di Malaysia, satu-satunya badan perakaunan profesional ialah Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Public Accountants) yang lebih dikenali dengan singkatan MICPA. MICPA ditubuhkan dalam tahun 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940-46, iaitu sebelum tertubuhnya Akta Akauntan 1967. Badan ini yang mula-mula sekali memberikan pendidikan perakaunan dan program latihan tempatan di negara ini. Di samping mengembangkan teori dan amalan perakaunan dari semua aspek, MICPA juga mempromosikan kepentingan profesion dan ahlinya dalam negara. MICPA telah menerokai latihan akauntan di Malaysia dengan memperkenalkan peperiksaan profesional tempatan pada tahun 1961. Peperiksaan ini memberi kelayakan Akauntan Awam Bertauliah (Certified Public Accountants {CPA}) dan diiktiraf serta diterima dalam industri. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ahli MICPA layak mendaftar sebagai ahli MIA.
Jadual 1.1 Kelayakan perakaunan yang diluluskan oleh MIA.

Butiran Kelayakan/Badan Profesional
Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam
1. Diploma Perakaunan, Universiti Malaya
2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya
3. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Diploma Lanjutan Perakaunan, Universiti Teknologi MARA
5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi MARA
6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia
7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Putera Malaysia
8. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa
9. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Sains Sabah

Badan Profesional yang Diiktiraf dalam Negeri
1. Malaysian Institute of Certified Accountants

Kelayakan Badan Profesional yang Diiktiraf Luar Negara
1. Institute of Chartered Accountants of Scotland
2. Institute of Chartered Accountants in England and Wales
3. Institute of Chartered Accountants in Ireland
4. Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom)
5. Institute of Chartered Accountants in Australia
6. Australian Society of Certified Practising Accountants
7. New Zealand Chartered Accountants
8. Canadian Institute of Chartered Accountants
9. Institute of Chartered Accountants of India
10. Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom)

Perkhidmatan pengauditan yang termasuk dalam skop perbincangan buku ini merupakan perkhidmatan audit bebas yang diberikan oleh akauntan awam. Akauntan awam bertauliah yang bebas ini melaksanakan audit untuk tujuan pelaporan luaran melalui firma juruaudit. Juruaudit ini mempunyai tanggungjawab utama melaksanakan audit pada penyata kewangan berbagai-bagai jenis syarikat, besar atau kecil, termasuklah organisasi bukan untung. Perkataan juruaudit digunakan secara silih berganti dengan firma audit atau juruaudit bebas.

No comments:

Post a Comment