Thursday, 24 September 2015

PERANAN JURUAUDIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN LAPORAN KEWANGAN

Amalan pengauditan mula muncul apabila manusia mulai berniaga. Aktiviti perniagaan yang semakin berkembang pesat menyebabkan audit semakin diperlukan dan memaksanya untuk tumbuh menjadi lebih kompleks serta tersusun.
Selain sistem pengurusan yang baik, aspek utama yang boleh membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi perniagaan ialah sistem penyimpanan rekod yang baik. Sistem penyimpanan rekod disediakan untuk semua urus niaga yang terlibat dengari aktiviti perniagaan, sama ada kewangan atau bukan kewangan, dan juga menjadi sistem komunikasi maklumat organisasi tersebut. Organisasi perniagaan yang dimaksudkan di sini termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, persatuan atau syarikat kerjasama. Rekod kewangan sesebuah organisasi yang mengandungi maklumat seperti hasil kendalian dan kewangan masa lalu, yang tidak memberikan gambaran sewajarnya, akan menimbulkan keraguan yang disyaki berpunca daripada terdapatnya unsur kepentingan diri ataupun ketidakjujuran. Suatu kemungkinan yang boleh berlaku ialah pihak peng¬urus sengaja mengubah angka-angka dalam penyata kewangan dengan tujuan supaya penyata tersebut memperlihatkan kedudukan kewangan dan hasil kendalian yang lebih menarik dan memudahkan pihak pengurus mendapatkan pinjaman dari bank untuk memperoleh modal ekuiti ta ataupun mbahan menerusi penerbitan saham atau bon. Penyata kewangan yang melaporkan hasil kendalian yang bertambah baikjuga boleh digunakan oleh pegawai syarikat sebagai asas untuk membuat tuntutan ganjaran.

Oleh sebab kemungkinan berlakunya keadaan seperti yang disebutkan di atas memang wujud, maka timbul keperluan di kalangan pemegang saham atau ahli-ahli agar berpuas hati dengan penyata kewangan yang disediakan oleh pihak pengarah itu agar menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan dan pendapatan orga¬nisasi tersebut.

Untuk memberikan kepastian yang diperlukan oleh pihak ketiga bahawa maklumat yang mereka gunakan untuk membuat keputusan itu boleh diper¬cayai, juruaudit bebas diperlukan untuk memperkukuhkan keyakinan pihak ketiga terhadap kebolehpercayaan maklumat tersebut. Juruaudit bebas menjalankan pemeriksaan tersebut bagi pihak pemegang saham atau ahli kerana memang tidak mungkin setiap pemegang saham akan menjalankan pemeriksaan secara berasingan terhadap rekod dan buku organisasi itu. Selepas pemeriksaan, pendapat juruaudit tentang penyata kewangan akan dinyatakan dengan jelas di dalam laporan mereka kepada pemegang saham atau ahli. Laporan ini menyatakan sama ada maklumat kewangan yang dilaporkan itu benar dan saksama atau sebaliknya.

Pengakuan juruaudit ini amat penting kepada para pelabur dan juga kepada ekonomi sesebuah masyarakat secara keseluruhannya. Kesan daripada pengakuan tersebut ialah kepastian bahawa modal disalurkan untuk tujuan penggunaan yang paling produktif, yang memberikan manfaat yang maksimum kepada pelabur dan juga masyarakat amnya. Pelabur yang sentiasa berusaha untuk memperoleh pulangan yang maksimum daripada modalnya yang terbatas, akan menghasilkan peruntukan punca modal secara optimum dengan pulangan yang maksimum. Jadi peruntukan punca pengeluaran yang dibuat dengan berasaskan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang tidak benar dan mengelirukan, merupakan suatu kerugian kepada pelabur dan masyarakat umumnya.

Secara umumnya, boleh dirumuskan bahawa pendapatjuruaudit tentang penyata kewangan dapat memperkukuhkan kebolehpercayaan pengguna terhadap penyata kewangan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang pengguna itu tidak seharusnya mengandaikan bahawa pendapat juruaudit itu sebagai suatu jaminan tentang kejayaan masa hadapan perniagaan ataupun sebagai jaminan terhadap kecekapan atau keberkesanan pihak pengurusan mengendalikan entiti berkenaan.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENYATA KEWANGAN

Tanggungjawab untuk menyediakan penyata kewangan terletak pada pihak pengurusan entiti. Seksyen 169, Akta Syarikat, 1965 menyatakan dengan jelas bahawa para pengarah setiap syarikat dikehendaki menyediakan akaun untung dan rugi untuk setiap satu tempoh perakaunan. Di samping itu para pengarah juga dikehendaki menyediakan kunci kira-kira syarikat berkenaan. Kedua-dua akaun untung dan rugi serta kunci kira-kira itu akan dibentangkan dalam mesyuarat agung yang diadakan setiap tahun oleh syarikat tersebut.

Seksyen 167 Akta itu juga memperuntukkan bahawa para pengarah bertanggungjawab menyimpan dengan baik rekod perakaunan dan rekod lain supaya dapat memberikan penerangan yang cukup berkenaan urus niaga yang telah berlaku dan juga menerangkan kedudukan kewangan syarikat. Dengan cara ini penyata kewangan termasuk akaun untung dan rugi serta kunci kira-kira, akan dapat disediakan dari semasa ke semasa. Seksyen tersebut juga menyarankan bahawa penyimpanan rekod dengan baik akan membolehkan kerja audit terhadap akaun itu dilaksanakan dengan mudah dan sempurna.

Seksyen yang sama juga menghendaki pihak pengurus syarikat merekodkan semua urus niaga yang dilakukan oleh syarikat itu tidak lewat daripada 60 hari mulai tarikh urus niaga itu diselesaikan. Rekod tentang semua kutipan dan pembayaran wang, semua liabiliti syarikat dan maklurnat bukan kewangan lain, hendaklah disimpan untuk tempoh tujuh tahun selepas urus niaga itu terjadi.

Akta tersebutjuga menyatakan rekod tersebut boleh disimpan dalam bentuk apa sekalipun, sama ada berjilid ataupun tidak asalkan rekod itu dijaga dengan baik untuk mengelakkan berlakunya pemalsuan dan pindaan maklumat yang telah direkodkan. Perkara yang diutamakan ialah sistem penyimpanan rekod itu dapat menolong maklumat tersebut dikesan dengan mudah. Secara keseluruhannya tanggungjawab para pengarah meliputi tugas:
(a) Menyimpan dan menjaga rekod perakaunan yang lengkap.
(b) Mengadakan kawalan dalaman yang berkesan.
(c) Memilih dan mengamalkan dasar perakaunan yang boleh diterima dan munasabah.
(d) Menjaga keselamatan aset entiti itu.
Kerja audit yang dijalankan itu tidak dapat mengurangkan tanggungjawab pihak pengurusan tersebut.

PERTUMBUHAN BADAN PROFESIONAL

Ekoran daripada perkembangan ekonomi dan peranan yang semakin penting yang dimainkan oleh juruaudit berhubung dengan penyiaran maklumat kewangan, kerja juruaudit dan akauntan ini juga menjadi lebih penting. Keadaan ini tidak sewajarnya dibiarkan untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka mempunyai latihan atau pengalaman yang cukup dan sesuai dalam bidang tersebut. Beberapa badan profesional di peringkat kebangsaan telah ditubuhkan di pertengahan abad ke-1 9, yang pada dasar¬nya mengawal mutu dan pertumbuhan profesion ini, di samping bertang¬gungjawab memberi latihan dan pengetahuan kepada ahli-ahlinya. Mereka ini dilatih untuk menjadi juruaudit dan akauntan yang bertauliah dan mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Badan-badan profesional antarabangsa yang ditubuhkan adalah seperti Institute of Chartered Accountants in Scotland, Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), The Association of Certified Accountants (ACA), The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA), The Chartered Institute of Public Finance and Accounting (CIPFA) dan American Institute of Certified Public Accountants (AICPA). Tiap-tiap badan yang disebutkan ini mempunyai kemahiran di bidang-bidang yang mereka kendalikan sendiri. Umpamanya ahli-ahli ICMA, mempunyai kemahiran dalam industri pengilangan yang berhubung dengan sistem kos, belanjawan dan kemahiran lain seperti membuat keputusan berhubung dengan kewangan dan pelaburan. Ahli-ahli CIPFA pula mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja audit dan perakaunan di organisasi kerajaan seperti hospital, sekolah dan institusi berkanun yang lain. Badan-badan tersebut adalah bebas dan dikendalikan oleh sebuah majlis yang terdiri daripada ahli-ahli yang mereka pilih.

Di Malaysia, profesion perakaunan diawasi oleh Kementerian Kewangan melalui Akta Akauntan 1967. Institut Akauntan Malaysia (IAM), yang lebih dikenali sebagai MIA, telah ditubuhkan di bawah Akta tersebut untuk menga¬wal perjalanan profesion perakaunan di negara ini. Institut ini dipertanggung¬jawabkan terhadap perkara berikut:
(a) Menentukan kelayakan kemasukan ahli;
(b) Memberi latihan, pendidikan dan peperiksaan untuk melayakkan seseorang menjadi pengarnal profesion perakaunan;
(c) Mengatur amalan profesion perakaunan di Malaysia; dan
(d) Mempertingkat kepentingan profesion perakaunan di negara ini.
Mengikut Akta Akauntan 1967, seseorang yang mahu diiktiraf sebagai akauntan di negara ini mesti terlebih dahulu menjadi ahli MIA. Untuk diiktiraf sebagai ahli MIA seseorang itu perlu mempunyai kelayakan perakaunan yang diluluskan, mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dan mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh badan berkenaan. Kelayakan perakaunan yang diluluskan oleh MIA adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1, Akta Akauntan 1967. Kelayakan tersebut terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kelulusan institusi pengajian tinggi awam dalam negara, kelayakan profesional dalam negara dan kelayakan profesional luar negara. Lihat Jadual 1.1 berikut untuk maklumat yang Iebih terperinci. Syarat ini perlu untuk memastikan akauntan berkemampuan memberi khidmat kepakaran dalam bidang perakaunan dan kewangan yang diperlukan.

Di Malaysia akauntan yang berdaftar dengan MIA dikenali sebagai Akauntan Awam (Public Accauntant {PA}) atau Akauntan Berdaftar (Regis¬tered Accountant {RA}). Kelayakan sebagai PA memerlukan tiga tahun pengalaman bekerja dalam firma perakaunan sementara kelayakan sebagai RA memerlukan tiga tahun pengalaman bekerja dalam sektor perdagangan, perindustrian atau organisasi kerajaan.

Di Malaysia, satu-satunya badan perakaunan profesional ialah Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Public Accountants) yang lebih dikenali dengan singkatan MICPA. MICPA ditubuhkan dalam tahun 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940-46, iaitu sebelum tertubuhnya Akta Akauntan 1967. Badan ini yang mula-mula sekali memberikan pendidikan perakaunan dan program latihan tempatan di negara ini. Di samping mengembangkan teori dan amalan perakaunan dari semua aspek, MICPA juga mempromosikan kepentingan profesion dan ahlinya dalam negara. MICPA telah menerokai latihan akauntan di Malaysia dengan memperkenalkan peperiksaan profesional tempatan pada tahun 1961. Peperiksaan ini memberi kelayakan Akauntan Awam Bertauliah (Certified Public Accountants {CPA}) dan diiktiraf serta diterima dalam industri. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ahli MICPA layak mendaftar sebagai ahli MIA.
Jadual 1.1 Kelayakan perakaunan yang diluluskan oleh MIA.

Butiran Kelayakan/Badan Profesional
Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam
1. Diploma Perakaunan, Universiti Malaya
2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya
3. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Diploma Lanjutan Perakaunan, Universiti Teknologi MARA
5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi MARA
6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia
7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Putera Malaysia
8. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa
9. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Sains Sabah

Badan Profesional yang Diiktiraf dalam Negeri
1. Malaysian Institute of Certified Accountants

Kelayakan Badan Profesional yang Diiktiraf Luar Negara
1. Institute of Chartered Accountants of Scotland
2. Institute of Chartered Accountants in England and Wales
3. Institute of Chartered Accountants in Ireland
4. Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom)
5. Institute of Chartered Accountants in Australia
6. Australian Society of Certified Practising Accountants
7. New Zealand Chartered Accountants
8. Canadian Institute of Chartered Accountants
9. Institute of Chartered Accountants of India
10. Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom)

Perkhidmatan pengauditan yang termasuk dalam skop perbincangan buku ini merupakan perkhidmatan audit bebas yang diberikan oleh akauntan awam. Akauntan awam bertauliah yang bebas ini melaksanakan audit untuk tujuan pelaporan luaran melalui firma juruaudit. Juruaudit ini mempunyai tanggungjawab utama melaksanakan audit pada penyata kewangan berbagai-bagai jenis syarikat, besar atau kecil, termasuklah organisasi bukan untung. Perkataan juruaudit digunakan secara silih berganti dengan firma audit atau juruaudit bebas.

No comments:

Post a Comment